RAKAMAN menunjukkan suami isteri mengikat anak lelaki mereka yang nakal pada sebatang tiang dalam kejadian 19 Ogos lalu tular di media sosial. Susulan tersebarnya rakaman tersebut, warganet memberikan pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong tindakan itu tetapi ada juga berpandangan sebaliknya. "Ada sesiapa menghubungi polis? “Budak lelaki itu akan mendapat pengajaran dan akan berkelakuan baik pada masa hadapan. “Saya mahu tahu adakah tindakan itu menyakitkan (memudaratkan) anak mereka. Saya langsung tidak rasakan ia sesuatu yang kelakar. "Saya juga ibu bapa muda. Saya menyokong gaya keibubapaan mereka," demikian antara komen netizen. Menurut portal South China Morning Post, pasangan dari wilayah Zhejiang, China itu cuba mendisiplinkan anak mereka yang berlari-lari dan membuat bising di tempat awam. Seorang pelanggan restoran, Zhang merakam video kejadian ketika keluarga berkenaan sedang makan di sebuah restoran barbeku. Dikatakan ibu bapanya hanya merakam gelagat anak mereka yang meraung sambil cuba melepaskan diri selepas diikat dengan pita pelekat. Malah, orang ramai turut ketawa merakam video kanak-kanak tersebut dan mereka kemudiannya kembali ke dalam restoran untuk menghabiskan makanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube