suria

Dewan exam di tingkat atas, pelajar patah kaki kecewa cikgu paksa naik tangga... Terus viral selepas mengadu di Facebook

Kes kaki patah biasanya berpunca daripada kemalangan jalan raya. -Gambar hiasan The Star.

SEORANG pelajar yang patah kaki meluahkan rasa kecewa apabila dia terpaksa menggunakan tangga untuk ke dewan peperiksaan di kolejnya.

Menerusi hantaran di Facebook, pelajar dipercayai berasal dari Thailand itu mendakwa gurunya menyuruh dia ke dewan peperiksaan yang berada pada tingkat atas sedangkan kakinya masih belum sembuh.

"Saya tidak mahu apa-apa, cuma sedikit simpati. Saya patah kaki dan tidak boleh menaiki tangga. Saya menjalani pembedahan tidak sampai sebulan lalu.

"Saya sakit hati dan tertanya-tanya kenapa cikgu itu kejam. Kenapa anda tidak bersimpati dengan seorang pelajar yang sedang berusaha untuk belajar, yang sukar menolong dirinya sendiri dan sentiasa memerlukan rakan untuk menyokong mereka ketika berjalan?

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar ‘sekolah pandai’ nekad tak buka IG, penat tengok kehidupan kawan-kawan - “Biar saya dengan rentak sendiri”

"Kamu tidak berhati perut. Jika saya tidak menyebarkan kisah ini, saya tidak akan mendapat simpati daripada sesiapa. Dan jangan suruh saya padam siaran ini. Jadikan ia sebagai pengajaran kepada orang ramai. Ini kali pertama dalam hidup saya jumpa cikgu macam ni," luah pelajar itu menerusi Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan rasa simpati terhadap pelajar itu dan menyelar tindakan guru berkenaan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain