suria

Gagal dapat wang tebusan untuk beli komputer 'gaming', 3 pelajar sanggup bunuh rakan

Tiga remaja ditahan polis atas kesalahan menculik dan membunuh rakan sendiri. -Gambar hiasan

TIGA pelajar sekolah menengah ditahan polis dan yang mengaku membunuh rakan mereka yang berusia 14 tahun.

Menurut portal Ary News, mereka menculik mangsa dan meminta wang tebusan untuk membeli komputer untuk bermain permainan video.

Mangsa dicekik selepas diberi makan rasgulla (pencuci mulut) dan minum minuman sejuk.

Mayat mangsa yang diikat di dalam guni ditemukan di sebuah kolam di bandar Krishnanagar, India pada Sabtu.

Polis menahan ketiga-tiga suspek dan membawa mereka ke mahkamah jenayah di Krishnanagar pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 17 tahun ditahan polis disyaki bunuh rakan, campak dalam parit

“Mangsa hilang petang Jumaat lalu ketika pergi ke kedai untuk membeli barang.

“Ibunya menerima panggilan yang meminta wang tebusan 300,000 rupee (RM16,894) pada keesokan harinya dan dia membuat laporan polis,” kata seorang pegawai tempatan.

Suspek membunuh mangsa selepas menyedari ibunya tidak dapat membayar wang tebusan yang mereka minta.

Ketiga-tiga penculik juga bimbang mereka akan ditangkap polis jika membebaskan mangsa.

Menurut sumber tempatan, bapa mangsa sudah lama meninggal dunia dan ibunya menyara hidup dengan bekerja menjaga orang sakit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain