suria

Gadis menangis teresak-esak kantoi berduaan di kubur, teman lelaki malu tak sempat pakai seluar

Pasangan kekasih dicekup kerana berduaan di tanah perkuburan. -Gambar Instagram

SEORANG gadis menangis teresak-esak apabila diserbu ketika berdua-duaan bersama teman lelaki di tanah perkuburan.

Kedua-dua mereka dilihat tidak memakai seluar dan berada dalam ketakutan ketika serbuan dilakukan.

Kejadian berlaku di kawasan tanah perkuburan di Adiyasa, Cisoka, Kabupaten Tangerang di Indonesia, pada Khamis lalu.

Menerusi video mengenai kejadian yang dimuat naik di laman Instagram, penduduk menyaksikan sepasang kekasih itu sedang bermesra di tanah perkuburan pada waktu malam.

“Jangan encik, saya takut ayah saya, ayah saya samseng,” kata gadis itu menangis sambil menutup bahagian bawah badannya.

Manakala teman lelakinya pula berasa malu kerana tidak sempat memakai seluar.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menahan pasangan kekasih tersebut untuk disoal siasat.

Sebagai peringatan, melakukan maksiat adalah berdosa besar, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain