suria

Hasrat buat kopi untuk suami tak kesampaian, wanita maut jatuh perigi 12 meter

Proses untuk mengeluarkan mangsa yang terjatuh dalam perigi. -Gambar IG damkarbogorkab

SEORANG wanita ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 12 meter di rumahnya.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.20 pagi Jumaat lalu.

Sebelum terjatuh ke dalam perigi, wanita itu hendak membancuh kopi untuk suaminya.

Mangsa ditemukan maut di kediamannya di Kampung Bulak, Desa Nanggerang di Bogor, Indonesia.

Ketika kejadian, suami isteri itu berada di ruang tamu.

Mangsa kemudian mahu membuat air kopi untuk suaminya.

Namun tidak lama kemudian, suami mendengar bunyi seperti sesuatu jatuh ke dalam perigi.

Luluh hati suami apabila melihat isterinya sendiri yang terjatuh ke dalam perigi.

Suami mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak bomba untuk mengeluarkan isterinya.

Proses mengeluarkan mangsa dari perigi mengambil masa sejam.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain