suria

Datuk enggan bayar kos majlis resepsi, kecewa tengok muka cucu tular di media sosial

Gambar pasangan pengantin menjadi tular kerana didakwa tidak membayar kos majlis kahwin.

PASANGAN pengantin dan keluarganya didakwa melarikan diri daripada membayar sejumlah RM8,151 (27.7 juta rupiah) kepada perancang perkahwinan selepas melangsungkan majlis 18 Jun lalu.

Susulan daripada itu, pihak terbabit telah memuat naik status sehingga menjadi tular di media sosial.

Malah katanya, keluarga pengantin tersebut hanya membayar deposit sebagai tanda persetujuan untuk mendapatkan perkhidmatan perancang perkahwinan.

Pun begitu, datuk kepada pasangan pengantin terbabit yang ingin dikenali sebagai Zainal menafikan dakwaan berkenaan.

Bahkan menyatakan pihak perancang perkahwinan tersebut yang tidak datang ke rumahnya untuk mengambil baki bayaran seperti yang dijanjikan.

Dia turut meluahkan rasa kecewa kerana pihak tersebut menularkan cucunya tanpa berhubung tentang bayaran selepas majlis diadakan.

"Keluarga saya malu dengan tindakan perancang perkahwinan berkenaan kerana menularkan perkara ini di media sosial.

"Jadi kami tidak mahu membayar lagi dan terserah kepada mereka jika mahu melaporkan perkara ini kepada sesiapa pun," luahnya. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain