suria

Selepas ikat anak nakal di tiang, mak ayah selamba makan di medan selera

Kanak-kanak terbabit diikat pada tiang oleh ibu dan ayahnya kerana dikatakan nakal.

KENAKALAN seorang kanak-kanak semasa berada di kawasan awam membuatkan ibu dan ayahnya bertindak mengikatnya di sebatang tiang berhampiran medan selera.

Pada masa tersebut, kedua mereka menikmati hidangan sambil memerhatikan keadaan anaknya.

Video perbuatan mereka itu bagaimanapun menjadi tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan antara warga maya.

Mana tidaknya, kanak-kanak tersebut dibiarkan meraung dan cuba melepaskan diri daripada ikatan berkenaan sedangkan ibu dan ayahnya sibuk dengan hidangan.

Malah mereka merasakan keadaan anaknya itu mencuit hati kerana ramai yang ketawa melihatnya.

Pun begitu, salah seorang pelayar mempersoalkan sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu atau tidak.

Tidak kurang juga yang menyatakan perbuatan tersebut bukanlah kelakar seperti yang dinyatakan sebaliknya menyakiti kanak-kanak terbabit.

Pandangan berbeza pula dilontarkan seorang lagi pelayar yang menyokong tindakan berkenaan kerana memahami situasi sebagai ibu muda.

Tidak kurang juga yang menyatakan kanak-kanak terbabit akan mendapat pengajaran daripada hukuman tersebut dan belajar untuk menjadi baik. - SCMP.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain