suria

Gara-gara suka mengejek rakan, lelaki maut dipukul selepas main jutaria

Seorang lelaki maut selepas mengejek rakan ketika bermain jutaria.

AKIBAT diejek ketika bermain permainan jutaria, seorang lelaki berusia 24 tahun nekad membunuh rakan baik sendiri.

Kejadian di Sumatera Selatan, Indonesia itu berlaku selepas suspek meminta mangsa yang berusia 25 tahun menghantarnya pulang ke rumah.

Menurut pegawai polis Ogan Komering Ulu Budi Santoso, ketika kedua-dua mereka sedang bermain, mangsa tiba-tiba mengejek suspek.

“Suspek kemudian meninggalkan tempat bermain tersebut sebelum menghantar pesanan supaya mangsa datang ke kebun.

“Mangsa yang tanpa rasa curiga terus ke lokasi kejadian. Namun semasa dalam perjalanan, dia dipukul berulang kali menggunakan kayu di bahagian belakang kepala,” katanya.

Susulan daripada itu, mangsa jatuh dari motosikal.

Melihatkan kejadian tersebut, penduduk setempat bergegas memberi bantuan dan menghantarnya ke hospital berhampiran.

Pun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian bagaimanapun tampil menyerahkan diri.

Tambah Ulu Budi, berdasarkan hasil siasatan, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana marah dengan mangsa. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain