suria

Nekad berhenti kerja... Bekas pegawai bank lebih kaya sejak berniaga warung, dapat beli rumah idaman!

Cindy membuka warung selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pegawai bank.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Seorang wanita Indonesia, dikenali sebagai Margaretha Cindyana sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pegawai bank untuk memulakan perniagaan bakso.

Senang disapa Cindy, dia sama sekali tidak menyangka rezekinya lebih 'meriah' selepas dia membuka warung, sekali gus mengubah hidupnya 360 darjah.

"Dari zaman sekolah nak jadi pegawai bank. Dah lulus belajar, cari kerja, termakbul cita-cita nak kerja bank.

"Tapi biasalah manusia, hati berubah-ubah. Nekad berhenti kerja. Ternyata tak sia-sia tinggalkan kelulusan ijazah," ujarnya.

Menurut Cindy, bakso yang dihasilkannya menerima sambutan luar biasa sehingga dia mampu membeli kereta serta rumah idaman menggunakan hasil keuntungan perniagaan.

Kisah Cindy yang meninggalkan kerjaya di bank untuk berniaga warung tular selepas dia berkongsi hal itu menerusi media sosial. - Wolipop/Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain