suria

Tragis! Suami isteri baru kahwin rentung dalam keadaan berpelukan, rumah hangus terbakar

Keadaan di luar rumah yang hangus terbakar. -Gambar KOMPAS.com / MUHAMMAD NAUFAL

SEPASANG suami isteri ditemukan maut dalam satu kebakaran sebuah rumah.

Insiden itu melibatkan kediaman yang dihuni 13 sekeluarga.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam Khamis lalu di Mekarjaya, Sukmajaya, Depok di Jawa Barat, Indonesia, suami isteri berusia 27 dan 25 tahun itu ditemukan maut.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Depok Iptu Made Budi berkata, 13 mangsa itu terdiri daripada empat keluarga.

Daripada 13 ahli keluarga berkenaan, katanya, hanya sepasang suami isteri yang terkorban dalam insiden itu.

"Dua orang meninggal dunia. Yang lain iaitu 11 lagi ahli keluarga terselamat," kata Made dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat buat kopi untuk suami tak kesampaian, wanita maut jatuh perigi 12 meter

Dilaporkan ketika kejadian, mangsa yang merupakan suami naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan isterinya.

Namun kemudian tangga rumah yang diperbuat daripada kayu roboh menyebabkan suami isteri itu terperangkap di tingkat atas.

Dilaporkan, kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan berpelukan di bahagian tangga di rumah yang hangus terbakar.

Pasangan suami isteri itu baru mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu, - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain