suria

Bumbung bas bocor, pemandu terpaksa pegang payung sebelah tangan ketika memandu

Seorang pemandu bas terpaksa menggunakan payung ketika memandu. -Gambar Twitter

SEORANG pemandu bas terpaksa menggunakan payung ketika memandu gara-gara bumbung bas bocor.

Menerusi video yang tular, pemandu itu dilihat memandu bas menggunakan tangan kanan sambil memegang payung kuning di tangan kiri bagi melindungi diri daripada hujan.

Dilaporkan, insiden itu berlaku di daerah Gadchiroli di Maharashtra, India.

Keadaan itu mencetuskan perdebatan mengenai keadaan bas awam yang rosak di negeri itu, terutama di depoh Aheri.

Pengurus depoh bas Aheri, Chandrabhushan Ghagargunde berkata, pihaknya menerima makluman mengenai video tular itu dan menyiasat insiden tersebut.

Bagaimanapun, plat pendaftaran dan muka pemandu tidak jelas kelihatan dalam video itu, menyukarkan pengecaman kenderaan tersebut serta pemandunya. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain