suria

Bosan jadi miskin, wanita kahwin 8 kali... Malas buat kerja rumah, sering gaduh isu harta

Seorang wanita mengaku berkahwin dan bercerai sebanyak lapan kali. -Gambar Tribun Medan

SEORANG wanita berkahwin sebanyak lapan kali kerana bosan hidup dalam kemiskinan.

Bagaimanapun, dia malas menguruskan suami dan membuat kerja rumah selepas berkahwin.

Wanita yang berkahwin lapan kali itu bernama Kim Ngoc, 36, dan menetap di Hunan, Tiongkok di China.

Memetik laporan eva.vn, dia bernikah pertama kali ketika usianya 16 tahun.

Dari perkahwinan pertamanya dia dikurniakan seorang anak perempuan.

Suami keduanya berasal dari kampung yang sama, manakala suami keempatnya adalah lelaki tua.

Difahamkan, Kim Ngoc berkahwin dengan lelaki bujang dan lebih tua, tetapi perkahwinannya hanya bertahan selama beberapa bulan.

Sehingga perkahwinannya yang kelapan, dia berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun.

Keluarga suami kelapan itu telah membelanjakan semua wang simpanan mereka untuk majlis perkahwinannya.

Enggan bekerja atau melakukan kerja rumah, Kim Ngoc juga berani menyerahkan tanggungjawab sebagai isteri kepada ibu mentuanya yang berusia 70 tahun ketika dia berada di luar rumah.

Pertengkaran bersama suaminya sering berlaku melibatkan harta.

Kerana marah dan tertekan, Kim Ngoc pernah menikam suaminya menggunakan gunting.

Dia kemudian melarikan diri dari rumah dan mereka cerita tentang akan dijual oleh keluarga mentuanya.

Kim Ngoc mendedahkan bahawa dia dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan berasa iri hati setiap kali melihat rakan-rakannya memakai pakaian cantik.

Disebabkan kemiskinan, dia berhenti sekolah pada usia 16 tahun dan memutuskan untuk berkahwin dengan harapan dapat mengubah hidupnya dengan cara tersebut.

Ini kerana Kim Ngoc merasakan bahawa keremajaan dan kecantikan wanita adalah terbatas, jadi dia perlu memanfaatkan masanya dengan menjadi kaya.

Maka tidak hairanlah dia berkahwin dan bercerai banyak kali.

Kerana mahu berasa selamat, dia menuntut hak untuk mengawal wang dan keluarga sehingga menimbulkan konflik bersama suaminya.

Walaupun kisah lampaunya terbongkar, Kim Ngoc masih tidak segan silu untuk membuat tuntutan harta.

Bagaimanapun, suami kelapannya tidak bersetuju dan kedua-duanya bercerai. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain