suria

Suami 'kantoi' curang belasah isteri dan anak demi pertahan kekasih

Wanita mengendong anaknya dan duduk di atas kereta selepas dipukul suami.

SUDAHLAH curang, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya selepas aksi bersama kekasih 'kantoi'.

Keadaan itu menyebabkan wanita terbabit memeluk erat anaknya dan duduk di atas bonet kereta bagi mempertahankan diri daripada terus dipukul.

Menerusi video tular, pasangan terbabit dikatakan pernah hidup susah bersama-sama sebelum beroleh kesenangan.

Pun begitu, selepas memiliki segala-galanya, si suami bertindak curang dengan wanita lain menggunakan aset yang dibeli bersama.

Dia bagaimanapun cuba mendapatkan penjelasan namun malangnya, suami yang disayangi bertindak kasar serta menyerangnya kembali.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit cuba untuk melindungi teman wanitanya daripada diserang isteri. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain