SUDAHLAH penat mencari rezeki demi menyara hidup keluarga, seorang isteri menjadi mangsa paksaan suaminya pula. Malah, anak-anak turut menjadi mangsa gara-gara wanita itu tidak mampu melayan permintaan suaminya untuk melakukan hubungan intim. Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan kerana mengugut untuk membunuh kedua-dua anak lelakinya masing-masing berusia 14 dan 12 tahun. Kejadian berlaku di Kota Tanjung Balai, Sumatera Utara di Indonesia, pada 19 Ogos lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ada dua suami, tinggal serumah... kenakan ‘syarat’ adakan hubungan intim ARTIKEL BERKAITAN: Paling rare! Wanita miliki 2 suami serentak, bergilir layan siang malam... Sayang dua-dua, tak sanggup cerai Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjung Balai, AKP Eri Prasetiyo berkata, suspek mempunyai dua isteri dan mangsa merupakan isteri pertamanya. Kejadian berlaku apabila suspek pada awalnya mengajak mangsa untuk melakukan hubungan intim. Bagaimanapun, mangsa menolaknya kerana kepenatan. “Isterinya berniaga untuk menyara hidup anak-anaknya, jadi ketika diminta (hubungan intim), dia keletihan," kata Eri ketika dihubungi pada Jumaat. Malah, suspek mengancam untuk membunuh mangsa sambil memegang pisau dapur. Mangsa yang ketika itu berada di bilik mandi segera keluar dan melarikan diri. “Suspek kemudian mengugut dua anaknya supaya jangan keluar rumah, jika tidak kedua-duanya akan dibunuh. “Kejadian tersebut dilaporkan kepada Balai Polis Tanjung Balai,” kata Eri. Polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek, serta membebaskan kedua-dua anaknya. Suspek kini didakwa kerana melakukan keganasan rumah tangga. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube