suria

Lelaki nekad bakar bekas isteri akibat cemburu! Serah diri selepas badan melecur teruk, rupanya takut dicucuk doktor

Suspek turut melecur di seluruh badan. -Gambar Thairath

AKIBAT dendam dan cemburu bekas isteri telah bersama pasangan baharu, seorang lelaki sanggup membakar wanita terbabit dan ibunya.

Tindakan tersebut membuatkan dia turut mengalami lecur teruk di seluruh badan.

Kejadian mengerikan itu berlaku pada awal pagi Jumaat apabila pegawai dari Balai Polis Mueang Lopburi menerima panggilan kecemasan dari sebuah rumah di Jalan Si Intrarathit di daerah kecil Tha Kae di wilayah Lop Buri, Thailand.

Mereka tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mendapati sebuah rumah dua tingkat dicemari tingkap pecah dan kelihatan kerosakan kebakaran.

Kebakaran itu menyebabkan dua individu cedera, termasuk seorang wanita berusia 31 tahun bernama Thanita Fah Suwakhon dan ibunya, Napada Suwakhon, 66 tahun.

Fah telah melecur teruk di seluruh badannya, manakala Napada mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Teman lelaki Fah, Jakkaphan Intasana berusia 36 tahun, segera melaporkan kepada polis bahawa penyerang itu adalah bekas suami Fah, Samroeng Chaichan, 44 tahun. Menurut Jakkaphan, Samroeng bertegas supaya Fah dan ibunya keluar untuk bercakap dengannya pada awal hari kejadian.

Pun begitu wanita tersebut enggan keluar sehingga menyebabkan Samroeng memecahkan tingkap kaca untuk masuk ke rumah.

Dia kemudian menghampiri Fah dan ibunya sebelum menyiram kedua-dua wanita itu dengan petrol dan membakar mereka.

Bagaimanapun, dia turut terbakar selepas melarikan diri.

Tahap kecederaan yang dialami akhirnya memaksa dia keluar dari persembunyian dan meminta bantuan daripada penduduk tempatan sebelum menolak rawatan hospital kerana takut jarum.

Difahamkan, Fah dan Samroeng telah menjalin hubungan selama lebih sedekad sebelum membuat keputusan untuk menamatkannya kerana Samroeng ketagihan dadah. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain