suria

Guru miliki 2 juta pengikut di TikTok ditahan, adakan hubungan intim dengan pelajar

Guru berusia 29 tahun ditahan polis. -Gambar ViralPress

SEORANG guru ditahan polis selepas didakwa melakukan hubungan intim dengan seorang pelajar.

Dilaporkan, ibu kepada pelajar itu memaklumkan anaknya telah dijangkiti dengan penyakit kelamin (STF).

Kejadian berlaku di sebuah sekolah swasta di Bangkok, Thailand.

Guru berusia 29 tahun dari Florida, Amerika Syarikat didakwa melakukan hubungan intim bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Malah, dia dan pelajar terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali.

Bulan lalu, gadis berkenaan mengalami sakit perut yang disebabkan penyakit kelamin (STD), selepas mendapat jangkitan daripada guru berkenaan.

Guru tersebut mempunyai lebih 2 juta pengikut di TikTok, dengan kebanyakannya adalah gadis-gadis. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain