suria

Calon suami ‘lesap’ di majlis nikah, bakal bapa mentua jadi pak sanggup... Keluarga pengantin perempuan malu

Seorang lelaki terpaksa berkahwin dengan bakal menantunya selepas anak lelakinya menghilangkan diri.

KEGEMBIRAAN seorang gadis untuk bergelar isteri bertukar sayu apabila bakal pengantin lelaki menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka.

Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis di Kampung Jikotamo, Obi, Halmahera Selatan di Indonesia.

Bakal suaminya melarikan diri ketika hendak melangsungkan akad nikah, pada 29 Ogos lalu.Kedua-dua keluarga bakal pengantin telahpun menyediakan segala persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan kejadian itu, gadis itu dinikahkan dengan bakal bapa mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik 'lesap' menjelang majlis nikah, abang setuju ganti jadi pengantin segera

ARTIKEL BERKAITAN: Datang tanpa keluarga, lelaki lari selepas akad nikah! Pengantin perempuan tunggu atas pelamin sendirian

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki memakai baju batik lengan panjang yang duduk berhadapan dengan individu yang dipercayai bapa kepada bakal pengantin lelaki.

Mereka berdua kemudiannya bersetuju untuk mengahwinkan gadis itu dengan bapa kepada bakal pengantin lelaki.

Susulan kejadian itu, keluarga pengantin perempuan mengalami kerugian Rp25 juta (RM7,630) kerana telah membuat persiapan untuk majlis pernikahan.

"Walau bagaimanapun tetamu tetap hadir bagi memenuhi jemputan perkahwinan. Keluarga bakal pengantin lelaki kemudian memberitahu anak mereka tiba-tiba menghilangkan diri," kata abang pengantin perempuan.

Difahamkan, gadis berkenaan dengan bakal pengantin lelaki telah lama menjalinkan hubungan cinta. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain