suria

Wanita miliki gaya rambut mullet terpanjang di dunia, kali terakhir potong tahun 1990

Wanita ini memegang Rekod Dunia Guiness (GWR) kerana memiliki potongan rambut mullet terpanjang.

MAHKOTA wanita terletak pada rambutnya!

Begitulah kebanggaan wanita warganegara Amerika Syarikat ini apabila dia memegang Rekod Dunia Guiness (GWR) kerana memiliki potongan rambut mullet (rambut pendek di bahagian depan) terpanjang.

Dikenali sebagai Tami Manis, dia yang berasal daripada Tennessee tidak menggunting rambutnya sejak tahun 1990.

Dalam tempoh 33 tahun, rambutnya tumbuh dan memanjang sehingga 172.72 sentimeter (cm).

Wanita berusia 58 tahun itu mendapat ilham untuk menyimpan rambut sepanjang itu pada era tahun 1980-an.

Ia dicetuskan selepas dia melihat video yang dikaryakan oleh penyanyi, Til Tuesday atau senang disapa Voices Carry.

"Penyanyi itu memiliki salah satu potongan rambut yang saya mahukan," katanya.

Sebelum mula menyimpan rambut itu, Tami pernah memotong rambutnya pada 1989 selepas diyakinkan oleh seorang tukang gunting rambut, namun menyesali keputusannya itu.

Dia kemudian nekad kembali menyimpan semula rambut pada 9 Februari 1990 yang kini menjadi hari ulang tahun rasmi rambutnya.

"Saya bersyukur dengan rambut saya yang direkodkan sebagai terpanjang di dunia. Saya sangat gembira," katanya. - BBC News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain