suria

Padah ejek polis! Lelaki ditahan ketika beli KFC, didakwa buat serangan seksual

Suspek menunjukkan rakaman video gangguan seksual yang dibuatnya terhadap mangsa.

PADAH mengejek polis, seorang lelaki yang dipercayai merogol serta melakukan gangguan seksual terhadap gadis berusia 17 tahun akhirnya ditangkap.

Ia susulan keluarga mangsa memfailkan aduan terhadap perogol yang didakwa, Suppakarn 'Ohm' Khansantier, 29 tahun, selepas mangsa remaja mengalami kemurungan akibat diserang secara seksual pada 11 Ogos.

Mangsa mendedahkan kepada pegawai bahawa dia bertemu dengan suspek semasa temu janji pertama selepas empat hari berhubung.

Mereka membuat janji temu untuk makan tengah hari di restoran tempatan berhampiran rumahnya di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok Thailand.

Pada masa itu, suspek dikatakan mengumpan mangsa dengan menyatakan dia sedang menggunakan tandas dan memintannya masuk ke dalam rumah.

Dia kemudian mendekati dan menyentuh tangan mangsa sehingga menyebabkannya ketakutan.

Ekoran daripada itu, suspek terus menarik mangsa ke dalam bilik tidurnya di mana dia didakwa mengikat tangan dan kaki sebelum menyerangnya secara seksual selama lebih tiga jam. Dia juga merakam video aktiviti seksual untuk memeras ugutnya.

Mangsa menyatakan bahawa Ohm mengugut untuk berkongsi video dalam talian jika dia mendedahkan perbuatannya.

Semasa siasatan dilakukan, pihak polis menerima panggilan daripada suspek yang mencabar mereka untuk menangkapnya.

Polis memantau suspek dengan teliti dan akhirnya menahannya apabila dia muncul di kedai Kentucky Fried Chicken di wilayah itu pada Sabtu, 2 September.

Suspek didakwa mengakui tindakannya dan merancang serangan itu apabila mereka memulakan perbualan dalam talian. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain