GARA-GARA bermain salah satu permainan di taman tema, seorang wanita diserang strok selepas mengalami sakit kepala sejurus beberapa kali pusingan dilakukan. Keadaan tersebut turut menjadikan otot badan di sebelah kanannya gagal berfungsi sehingga tidak dapat berjalan dengan baik. Bimbang perkara buruk terus berlaku, dia dibawa ke hospital oleh suaminya dan disahkan mengalami vertigo. ARTIKEL BERKAITAN: Maskot taman tema AS diskriminasi kulit, keluarga nekad fail tuntutan RM111 juta ARTIKEL BERKAITAN: Permainan di tapak pesta terhempas, 16 termasuk kanak-kanak dikejar ke hospital Pun begitu selepas mengambil ubat tahan muntah, dia dikejarkan semula ke hospital kerana keadaan semakin teruk. Pemeriksaan awal mendapati degupan jantung dan nafasnya meningkat manakala tekanan darah semakin tinggi. Berdasarkan sejarah kesihatannya, wanita berusia 37 tahun itu mempunyai tekanan darah tinggi. Susulan imbasan CT pada otaknya, doktor mendapati terdapat tisu mati yang menutupi saluran arteri berhampiran sisi kanan otak kecilnya. Difahamkan, dia juga seorang perokok tegar yang mana pernah menghabiskan sebungkus rokok sehari selama 10 tahun. Pun begitu, para doktor masih belum mengetahui punca sebenar dia diserang strok. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube