suria

Rasa pedas-pedas berangin! Ais ketul bakar berperisa buka selera, permintaan tinggi pada musim panas

Tangkap layar ketulan ais yang dibakar dan dijadikan snek pada musim panas.

PELIK tapi benar!

Perkembangan teknologi masa kini membolehkan makanan berasaskan ais disajikan kepada masyarakat.

Seperti video tular baru-baru ini, ketulan ais yang dibakar dan diperasakan dengan sos serta rempah ratus mendapat perhatian warga maya.

Siraman sos di atas ais menjadikannya mempunyai rasa yang unik.

Siraman sos di atas ais menjadikannya mempunyai rasa yang unik.

Menurut beberapa laporan berita dari China, snek jalanan yang aneh itu terkenal dengan rakaman klip pendek di sebuah gerai makanan jalanan di Nanchang, Wilayah Jiangxi.

Di dalamnya, boleh melihat ketulan ais besar sedang dimasak di atas panggangan terbuka dan diperisakan dengan sos dan rempah, sebelum dihidangkan di atas pinggan.

Malah ia dikatakan sangat popular pada hari musim panas, terutamanya kerana ia ditawarkan sebagai hidangan percuma.

Menjejaki pengusaha gerai makanan jalanan itu, dia rupa-rupanya mendapat idea untuk membuat ais bakar pada hari yang panas, sebagai cara untuk menyejukkan orang.

Pada awalnya ia dilakukan sebagai jenaka, tetapi orang akhirnya menyukainya sehingga mendorong dia terus membuatnya.

Makanan jalanan yang pelik itu tidak memerlukan kos apa-apa, tetapi orang yang ingin mencubanya dan dilaporkan terdapat banyak permintaan. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain