suria

Pemandu lori dilahirkan dengan 2 zakar, jalani pembedahan kerana tak mahu sakiti pasangan

Tank menjalani pembedahan untuk membuang salah satu zakarnya.

SEORANG pemandu lori dari Los Angeles mendedahkan dia dilahirkan dengan dua alat kelamin.

Lelaki dikenali sebagai Tank itu mengalami diphallia, satu kelainan genetik yang mana seorang lelaki dilahirkan dengan dua zakar.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, keadaan itu sangat jarang berlaku dan dianggarkan menjejaskan kurang daripada 1,000 lelaki di seluruh Amerika Syarikat.

Dalam temu bual dengan Soft White Underbelly, Tank mendedahkan dia pernah dihantar ke pusat tahanan juvana selepas disabitkan kesalahan membunuh pada usia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan berbentuk kemaluan lelaki jadi menu popular di Korea, rasa kenyal apabila digigit

Dedah Tank lagi, dia pertama kali melakukan hubungan intim selepas dibebaskan daripada tahanan pada usia 24 tahun.

Dalam temu bual sama, Tank berkata keadaan ganjil itu turut memberi kesan kepada pasangannya, sekali gus membuka hatinya untuk melakukan pembedahan.

Tank kini menjalani kehidupan normal dengan satu zakar sahaja.

"Saya ambil keputusan untuk jalani pembedahan. Ia menyakitkan wanita," ujarnya. - NYC Post.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain