suria

Elak tuduhan rogol kanak-kanak... Lelaki sanggup palsukan kematian, guna identiti palsu

Tertuduh dilaporkan lemas ketika berkayak bagi memalsukan kematian.

SEORANG lelaki tergamak memalsukan kematian bagi mengelakkan diri didakwa atas tuduhan merogol kanak-kanak.

Pun begitu, tertuduh Melvin Phillip Emde, 41, yang dilaporkan lemas di Louisiana di North Carolina ditahan pada Ahad kerana didakwa memalsukan kematiannya sendiri dalam cubaan untuk mengelak daripada menghadapi tuduhan merogol.

Difahamkan, anak lelakinya turut bersubahat dalam pemalsuan kematian kerana melaporkan Melvin lemas selepas terjatuh dari kayak ketika berada di Sungai Mississippi di Hahnville, Louisiana.

Curiga dengan perkara tersebut, pegawai terlibat membuat siasatan lanjut berikutan pertuduhan terhadapnya masih belem selesai dan dia sepatutnya berada di mahkamah sehari selepas dilaporkan lemas.

Walaupun percaya tragedi itu adalah palsu, pihak berkuasa cuba mengaburinya dengan membuat carian di samping menyiarkan gambarnya ke Facebook.

Menurut pegawai polis lagi, pihaknya juga mengetahui bahawa tertuduh memakai monitor buku lali GPS yang diperintahkan mahkamah sebagai syarat pembebasannya dengan bon supaya dapat mengesan pergerakan.

"Susulan daripada itu, kami mendapat dia membeli dua telefon prabayar dari Walmart hanya beberapa jam sebelum dilaporkan hilang.

"Dia hanya menggunakan satu daripada telefon itu beberapa kali dan dalam tempoh masa yang singkat," katanya.

Pada Ahad seorang pegawai Peronda Lebuhraya Negeri Georgia cuba melakukan perhentian lalu lintas pada motosikal yang dipandu tanpa plat.

Motosikal itu cuba mengelak berhenti dan melarikan diri dari tempat kejadian tetapi terbabas.

Dia bagaimanapun ditahan dan rekod berdasarkan cap jari mendapati dia adalah tertuduh yang dicari. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain