suria

Gara-gara makan tilapia ala sashimi, wanita dijangkiti bakteria... Kaki dan tangan tiba-tiba jadi hitam, terpaksa dipotong!

Anggota badan wanita ini terpaksa dipotong selepas makan ikan tilapia.

KAKI dan tangan seorang wanita terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria selepas dia menikmati hidangan ikan yang dipercayai tidak dimasak sempurna (ala sashimi).

Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan pada Khamis lalu selepas berada di hospital selama lebih satu bulan untuk menyelamatkan nyawanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu jatuh sakit beberapa hari selepas memakan ikan yang dibeli di sebuah pasar tempatan di San Jose, California.

Menurut laporan dari WHNT News 19, jenis ikan yang dibeli dan dimakan oleh Baraja adalah tilapia, yang kemudian mula mengalami gejala jangkitan Vibrio vulnificus.

“Jarinya hitam, kakinya hitam, bibir bawahnya hitam.

"Dia mengalami sepsis (tindak balas imun terhadap jangkitan) lengkap dan buah pinggangnya tidak berfungsi,” menurut rakannya, Anna Messina menerusi GoFundMe yang diwujudkan.

Untuk rekod, Laura dijangkiti bakteria Vibrio Vulnificus yang berpotensi membawa maut dan kerap ditemui dalam makanan laut mentah serta air laut. -PEOPLE

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain