suria

Baca Bismillah sebelum makan babi... Influencer terkejut dipenjara 2 tahun, denda lebih RM76,000

Lina dipenjara dua tahun kerana video membaca Bismillah sebelum makan kulit babi goreng. -Gambar Reuters.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tindakan pempengaruh media sosial Lina Lutfiawati yang membaca Bismillah sebelum makan kulit babi goreng membawa padah apabila mahkamah di bandar Palembang, Indonesia memutuskan hukuman penjara dua tahun terhadapnya.

Popular dengan nama Lina Mukherjee, wanita berkenaan menerima hukuman selepas video tindakannya itu dimuat naik sehingga tular di aplikasi TikTok.

Lina, 33, dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah sengaja menyebarkan maklumat yang bertujuan menghasut kebencian atau permusuhan individu atau kumpulan berdasarkan agama, lapor dokumen mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak makan kulit babi goreng demi kejar ‘views’ TikTok, wanita ini mengaku langgar rukun iman... Rupanya sudah 3 kali!

Dia turut diperintahkan agar membayar denda 250 juta rupiah (RM76,046.86).

Ketika ditemui selepas perbicaraan kes berkenaan, Lina berkata dia terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya.

"Saya tahu saya salah tapi saya tak pernah jangka hukumannya seperti ini," ujar wanita itu lagi.

Untuk rekod, mStar pada Mac lalu melaporkan kisah Lina yang memuat naik video kontroversi itu sehingga dia menerima kecaman netizen.

Video berkenaan bukan sahaja tular di Indonesia, malah turut menjadi bualan dalam kalangan netizen Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain