NEGARA Thailand dianggap sebagai 'syurga makanan' sehingga ia dibanjiri dengan kehadiran pelancong dari seluruh pelosok dunia. Terbaharu, video memaparkan seorang peniaga wanita dari Chom Thong, Bangkok yang menjual lempeng mentega tular di media sosial sehingga menerima lebih empat juta tontonan. Dalam video menerusi akaun Bangkok Foodie itu, peniaga berkenaan dilihat sedang menuang bancuhan lempeng ke atas kuali leper sebelum ia disapu dengan ketulan mentega. Selepas siap dimasak, lempeng yang kelihatan nipis seperti kerepek pisang diangkat ke atas loyang besi sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik bungkusan. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang membuat teguran bahawa bahan yang digunakan wanita itu bukanlah mentega, namun ia sebenarnya marjerin. Namun, ramai turut memuji rupa paras peniaga itu sehingga ada yang menyuarakan hasrat untuk bercuti ke Bangkok dalam masa terdekat. "Tiada siapa bercakap tentang betapa cantiknya peniaga wanita itu? "Rasa nak pergi Bangkok kalau macam ni. "Lagi nipis daripada apam balik Malaysia. "Itu bukan mentega, itu marjerin?" tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube