suria

‘Hujan duit’! Wang dalam plastik hitam bertabur atas jalan, orang ramai tolong kutip

Tangkap layar menunjukkan beberapa individu membantu mengutip duit yang bertaburan di atas jalan.

TULAR video memaparkan wang berjumlah kira-kira 100,000 rupiah (RM30.53) bertaburan di atas jalan.

Menerusi rakaman itu, kelihatan ramai pengguna motosikal berhenti di lokasi kejadian untuk mengutip wang tersebut.

Kejadian berlaku di Jalan Imam Bonjol, Medan, Sumatera Utara di Indonesia.

Menurut salah seorang individu yang berada di sekitar lokasi, kejadian berlaku pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Isnin.

Pengawal keselamatan di sebuah hotek, S Situmeang berkata, pemilik wang yang menunggang motosikal ketika itu melintas jalan menuju ke Jalan Letjen Suprapto.

Namun, bungkusan plastik berisi wang tunai itu terkoyak menyebabkan wang bertaburan di atas jalan.

“Terkoyak plastiknya, jadi duitnya berterbangan. Dia bawa duit yang dibungkus dalam plastik hitam,” kata Situmeang.

Menyedari wang yang dibawa bertaburan di atas jalan, penunggang motosikal terus berpatah balik.

Peniaga dan penunggang motosikal lain kemudian membantu mengutip semua wang yang bertaburan dan memulangkan kepada pemiliknya.

Selepas dikumpulkan kesemua wan, pemiliknya kemudian beredar. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain