suria

Nenek fit usia 64 tahun masuk gim dengan cucu, ramai kata macam kakak-adik!

Lesley (kiri) dan Tia berminat dalam aktiviti kecergasan. -Gambar lesleymaxwell.fitness/Instagram

SEORANG nenek cergas yang terkenal kerana gelaran bina badannya menjadi perhatian apabila bergambar dengan cucunya.

Orang ramai tidak percaya melihat persamaan mereka. Rupa-rupanya si nenek, Lesley Maxwell dan cucunya, Tia Christofi berkongsi minat untuk mengangkat berat.

Lesley berusia 64 tahun mempunyai 138,000 pengikut, manakala cucunya dengan kira-kira 226,000 peminat di laman sosial.

"Saya dan cucu perempuan saya @tiachristofi berkongsi kecintaan terhadap kesihatan, kecergasan dan pakaian," katanya yang merupakan warga Australia.

Pasangan itu kelihatan menyerlah dan fit sehingga sesetengah orang tidak percaya perbezaan umur mereka.

"Apabila nenek mempunyai badan yang lebih kuat dan bentuk lebih baik daripada cucu perempuan.

"Itu cucu perempuan kamu? Macam adik kamu," komen netizen. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain