suria

Pelajar masuk tandas sekolah kena bayar, guru dipecat kerana bantah peraturan tak masuk akal

Seorang guru menjadi perhatian keranan membantah keputusan pengetua. -Gambar Instagram

SEORANG guru dipecat gara-gara membantah keputusan pengetua yang tidak masuk akal.

Mana tidaknya, pengetua itu mewajibkan setiap pelajar membayar 500 rupiah (RM0.15) untuk menggunakan kemudahan tandas di sekolah.

Susulan bantahan itu, guru berkenaan, Mohammad Arif telah dipecat.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Pamekasan, Madura di Jawa Timur, Indonesia.

Menurut Mohammad Arif, sekolah tersebut adalah milik kerajaan dan segala kemudahan untuk kegunaan para pelajar.

Justeru, dia menentang sekeras-kerasnya peraturan yang dibuat oleh pengetua sekolah.

Kerana perbezaan pendapat yang diluahkan itu membuatkan Mohammad Arif menerima padahnya.

“Saya menerima tindakan yang tidak boleh dipakai,” ujarnya dalam satu pengakuan.

Kesannya, Mohammad Arif terpaksa ditukarkan ke sekolah lain. - Tribun Jateng

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain