suria

Bengang isteri ‘lari’ ke Malaysia… Suami lepas geram rogol, bunuh mentua

Lelaki bertindak kejam dengan merogol dan membunuh ibu mentuanya.

AKIBAT sakit hati ditinggalkan isteri, suaminya bertindak kejam merogol dan membunuh ibu mentua dalam kejadian 7 September lalu.

Perbuatan keji ini dilakukan oleh Syah Munir, 45, terhadap ibu mentuanya yang berusia 52 tahun di Desa Bagan Dalam, Mukim Batubara, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batubara, AKP Ellysa Simaremare berkata, ketika kejadian, isteri suspek sedang bekerja di Malaysia.

"Pelaku sebelum ini sudah ditinggalkan isteri yang bekerja di Malaysia sejak bulan Ogos disebabkan tidak bekerja (menganggur)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut portal Detik, rancangan jahat mula timbul selepas pelaku sakit hati mengesyaki si isteri meninggalkan dirinya atas hasutan mentua.

“Suspek memukul dan mencekik mangsa. Kemudian mangsa diseret ke dalam biliknya dan dirogol.

"Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal dan telefon bimbit mangsa.

“Motifnya kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja,” katanya.

Ellysa berkata, suspek melarikan diri namun berjaya ditahan di Kota Berastagi di wilayah Karo dan ditembak di kaki semasa tangkapan dibuat kerana cuba melawan anggota polis.

Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah pembunuhan beberapa tahun lalu dilaporkan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain