suria

Himpunan anjing! Aktivis tran-spesis berkumpul, enggan mengaku diri manusia

Kesemua mereka memakai topeng anjing sambil menyalak ketika video dirakam.

TINDAKAN ribuan manusia yang mengaku diri sebagai anjing dan berkumpul di Stesyen Berlin di Jerman mengejutkan warga maya.

Mana tidaknya, selain mengaku sebagai anjing, video tular turut memaparkan mereka berperilaku seperti haiwan tersebut dengan menggonggong serta menyalak antara satu sama lain sebagai cara berkomunikasi.

Difahamkan, mereka yang berkumpul merupakan aktivis tran-spesis iaitu mengaku diri sebagai anjing dan bukannya manusia.

Ada juga yang menggunakan kostum semasa berada di perhimpunan berkenaan.

Susulan daripada itu, para netizen memberi reaksi hairan pada video tular tersebut.

"Jika mengaku sebagai anjing, kenapa pakai topeng?

"Bersikap semula jadi dan kenali diri anda sebagai manusia. Itu sudah lebih baik dari cukup.

"Adakah yang boleh menghubungi pihak veterinar supaya mereka diberi vaksi rabies," ujar beberapa warga maya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain