suria

Macam jari budak! Mi segera ditarik dengan lidah terbelah, wanita bertatu teruja dengan imej baharu

Aksi wanita ini ketika menikmati mi segera mengejutkan warga maya.

ANEH! Aksi seorang wanita ketika makan mi segera mengejutkan warga maya.

Mana tidaknya, rakaman video menunjukkan Vii Duquette sedang menikmati hidangannya menggunakan lidah yang sudah terbelah.

Pengubahsuaian pada lidah dengan memotong bahagian tengah sehingga memisahkannya kepada dua sisi yang boleh bergerak secara bebas membuatkan warga maya berasa kagum.

Menerusi video yang mendapat lebih 243,000 tanda suka itu, Vii yang merupakan artis tatu dari Florida Amerika Syarikat dilihat menarik mi dengan kedua-dua lidahnya ke dalam mulut.

"Makan mi sangat menyeronokkan sekarang," tambahnya dalam kapsyen.

Perkongsian itu membuatkan pelayar TikTok terkejut dan menyifatkan dia sebagai salah seorang yang mempunyai lidah terbelah terpanjang yang pernah dilihat.

"Itu salah satu belahan paling panjang yang pernah saya lihat.

"Saya tidak pernah menyedari bahawa lidah yang terbelah boleh memahami bergerak seperti itu. Kelihatan menyeronokkan," ujar beberapa warga maya.

Menjengah ke laman webnya, Vii mendedahkan tentang bagaimana rasanya melakukan prosedur itu.

"Keseluruhan proses adalah jauh lebih mudah daripada yang saya jangkakan dan ia hanya mengambil masa 15 minit.

"Jahitan di bahagian paling belakang adalah yang paling teruk daripada semuanya.

"Kesakitan 2 daripada 10 untuk belahan, saya bernasib baik," tambahnya yang mengalami lidah bengkak selama seminggu selepas pembedahan.

Malah katanya, ia tidak sakit seperti rawatan pergigian yang pernah dialuinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain