suria

Gara-gara ludah ke luar tingkap, remaja 16 tahun dibelasah kerana dituduh intai wanita mandi

Bapa mangsa membuat laporan polis. -Gambar Kompas.com / Aji YK Putra

NASIB malang menimpa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun apabila dia dituduh mengintai wanita mandi.

Tuduhan itu menyebabkan dia dibelasah jiran sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa berusia 45 tahun membuat laporan polis.

Kejadian berlaku di Palembang di Sumatera, Indonesia.

Menurut mangsa, insiden berlaku pada kira-kira pukul 3 petang, Rabu lalu, dan pada mulanya, dia membuka tingkap bilik tidur untuk meludah.

Namun, dia tidak menyangka ketika itu ada seorang wanita sedang mandi di bawah sehingga dituduh kerana mengintai.

“Saya tidak tahu ada orang sedang mandi di tingkat bawah. Buka tingkap saja nak meludah,” kata mangsa ketika membuat laporan, pada Jumaat.

Selepas kejadian itu, mangsa yang baru pulang dari kedai berhampiran rumahnya telah dihalang oleh individu yang didakwa ahli keluarga wanita tersebut, sebelum menyerangnya di rumah.

“Anak saya didakwa mengintip, walaupun tidak begitu. Dia ditampar dan dipukul, malah dicucuh dengan puntung rokok,” kata bapa mangsa, Rusli.

Sementara itu, polis memaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kita masih merakamkan keterangan mangsa, kes masih disiasat,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang, AKBP Haris Dinzah. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain