suria

Sudahlah curi, pegawai keselamatan lapangan terbang telan duit penumpang RM1,400

Seorang pegawai keselamatan dirakamkan menelan duit penumpang yang dicurinya. -Gambar YouTube

SEORANG pegawai keselamatan di lapangan terbang antarabangsa Manila mencetuskan kemarahan orang ramai selepas mencuri wang tunai AS$300 (RM1,407) yang disimpan dari dompet seorang penumpang.

Malah, dia memasukkan wang tersebut dan menelannya.

Rakaman kamera keselamatan dari lapangan terbang menunjukkan pegawai itu yang dikenal pasti sebagai Irency Morados, memasukkan wang AS$300 itu ke dalam mulutnya.

Dia kemudian minum air dari botol yang diserahkan oleh pengendali imbasan badan, Regino Allen.

Penyelianya, Abraham de Luna, juga kelihatan bercakap dengannya, kerana dia kelihatan tersedak akibat menelan wang sambil menutup mulutnya menggunakan sapu tangan.

Menurut Laporan Pejabat Keselamatan Pengangkutan (OTS), wang tersebut diambil dari dompet seorang penumpang yang menyerahkan begnya kepada Irency sebelum menjalani imbasan badan.

Dalam laporan OTS turut memberitahu bahawa penumpang itu kemudian menyedari dompetnya terbuka dan wang di dalamnya hilang, sebelum bersemuka dengan pihak yang berada di kawasan pemeriksaan.

Irency bagaimanapun memalingkan muka dan mula menelan wang ‘untuk mengelak daripada ditangkap’, namun tidak menyedari tindakannya itu dirakamkan oleh kamera keselamatan.

OTS berkata, Abraham disyaki terbabit dalam penipuan itu kerana dilihat mendekati Irency ‘untuk memastikan tiada bukti ditemui’.

Pihak berkuasa lapangan terbang Filipina pada Khamis mengarahkan tuduhan difailkan ke atas Irency susulan kejadian yang berlaku pada 8 September lalu.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Jaime Bautista, meminta supaya ‘penalti maksimum’ dikenakan ke atas Irency. -The Strait Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain