suria

Gara-gara bertengkar setiap hari, remaja 14 tahun tikam rakan di sekolah

Suspek ditahan sejurus selepas kejadian tikaman berlaku.

SEORANG pelajar sekolah berusia 14 tahun ditahan selepas menikam rakannya di sebuah sekolah di wilayah Chacheongsao, Bangkok di Thailand.

Kejadian tersebut mengakibatkan remaja berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan ia berlaku selepas kedua-dua mereka terlibat dalam pertengkaran dan pergaduhan yang berlangsung beberapa hari.

Ketua masyarakat Korrakot Tungphan memberitahu ThaiRath bahawa dia menerima berita tentang tikaman itu pada pukul 5 petang Jumaat dan segera bergegas ke sekolah.

Sebaik tiba, dia terserempak dengan sekumpulan guru dan pelajar dalam keadaan terkejut ketika ibu bapa mangsa dan pengarah sekolah bergegas ke hospital.

Korrakot berkata dia kemudian memaklumkan pegawai dari Balai Polis Tha Takiap, yang kemudian menyoal saksi di sekolah itu.

Mangsa mengalami tiga kesan tikaman di badannya semasa pertengkaran berlaku.

Pakar perubatan di Hospital Tha Takiap mencuba CPR beberapa kali tetapi malangnya, mereka tidak dapat menyelamatkan mangsa.

Menurut saksi, penyerang dan mangsa bertengkar beberapa hari sebelum kejadian tikaman.

Pada hari kejadian, kedua-duanya bertengkar lagi dan pergaduhan semakin memuncak sehingga menyebabkan suspek mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.

Nenek mangsa, Amara Panthong, memberitahu Nation TV bahawa seorang guru meminta kehadirannya di sekolah pada hari kejadian.

Pun begitu, punca pertengkaran masih belum diketahui dan suspek yang ditahan akan disoal siasat oleh pakar psikologi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain