suria

Wanita trauma gelaran 'saintis terhangat dunia', pernah diherdik warga maya selepas jadi model

Rosie terima komen negatif selepas menjadi popular di media sosial.

PAKAR hidupan liar, ahli geosains, jurugambar dan pakar penyelam Rosie Moore telah memperolehi pengikut yang ramai di Instagram bagi setiap perkongsian menariknya dengan haiwan termasuk ular dan jerung.

Disebabkan itu wanita berusia 26 tahun ini menceburkan diri dalam bidang peragaan sehingga mendapat julukan 'saintis terhangat dunia'.

Walaubagaimanapun, dalam sembang di podcast Juggernaut, dia mengakui berasa trauma dengan gelaran berkenaan.

"Bagi saya, apabila internet memihak kita, ia akan berlaku seperti itu dan apabila bertukar ia seperti air pasang," katanya sambil menyatakan bahawa tumpuan pada penampilannya membawa tekanan tambahan.

Malah katanya, dia tidak menyangka akan berhadapan dengan situasi seperti itu meskipun menjadikan bidang saintis sebagai keutamaan.

Bagaimanapun, Rosie berkata bahawa dia hanya menerima 'segelintir komen negatif' daripada pengguna media sosial, dan berjaya mengelak tindak balas daripada komuniti saintifik juga.

"Saya bangun dalam serangan panik penuh selama beberapa bulan dengan semua perhatian baru ini, hanya menunggu untuk melihat apa yang orang akan katakan, menunggu mereka datang kepada saya," kata pakar jerung dan reptilia itu.

Dia berkata reaksi terhadapnya berbeza-beza berdasarkan tajuk utama daripada penerbitan berbeza.

Rosie berkata bahawa New York Post menggelarnya sebagai saintis terhangat di dunia, dan membuatkan seolah-olah dia berkata sendiri.

"Saya trauma, ia seolah-olah saya yang berkata begitu dan itu membuatkan saya kelihatan mengerikan. Komen buruk yang saya dapat kebanyakannya daripada artikel itu," katanya.

Dia kemudian bergurau bahawa dia sememangnya ahli geosains paling hangat kerana tidak tahu yang lain.

Rosie menambah bahawa telefonnya menjadi gila pada minggu dia digelar sebagai yang paling hangat.

"Seteruk mana pun internet, ada kalanya saya seperti 'ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada saya'."

Rosie bekerja di sektor awam untuk bandar Delray di pantai tenggara Florida dalam industri pengurusan sumber air. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain