LUMRAH wanita ingin sentiasa tampil cantik dan menawan. Perasaan tersebut semakin membuak apabila sudah bergelar isteri sehingga ada yang sanggup melakukan pembedahan kecantikan demi mencapai hasrat. Pun begitu, tidak semua berjaya memperolehnya meskipun telah berhabisan wang yang banyak seperti wanita berusia 42 tahun ini. Menurut Mei, dia menjalani pelbagai pembedahan kosmetik di sebuah klinik estetik, pada Julai tahun lalu, termasuk prosedur menyedut lemak perut dan pembesaran payudara. Malangnya, akibat komplikasi pembedahan, Mei mengalami trauma fizikal dan emosi seterusnya menyebabkan suaminya memfailkan perceraian. Keadaan kulit dan perut Mei selepas pembedahan yang dilakukan. Mana tidaknya, ia adalah kesan daripada pembedahan yang gagal terhadapnya. “Pembedahan menyebabkan perut saya tidak rata dan berlubang. Kulit dan otot di kawasan itu melekat menyebabkan kesakitan yang kerap dan pembentukan nodul," luahnya. Dakwa Mei, sebelum memasuki bilik bedah, doktor hospital berjanji untuk menggunakan lemak dari bahagian dalam pahanya untuk mengisi payudaranya, namun mereka gagal memenuhi permintaan itu. Pada 15 September lalu, Mei melawat hospital tertiari di sebuah daerah di China untuk menjalani pemeriksaan. Laporan X-ray mendedahkan beberapa isu, termasuk perubahan proliferatif pada kedua-dua payudara dan berbilang nodul berketumpatan tinggi bulat yang diklasifikasi seperti bintik. Laporan diagnostik ultrasound menunjukkan jisim echogenic yang tidak normal dalam kedua-dua payudara, tanpa pembesaran kelenjar limfa yang jelas di kawasan axillary. Mei berkata, selepas mengalami ketidaksamaan pada perutnya, dia berunding dengan khidmat pelanggan klinik yang memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah bahagian biasa dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik dan badannya mengalami perubahan mendadak, menyebabkan suaminya membuat keputusan untuk menceraikannya. Penceraian itu telah mencetuskan konflik keluarga. Mei kemudian menyedari bahawa hospital harus bertanggungjawab atas keadaannya. - Dimsum Daily Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube