suria

Penduduk gempar sejumlah jenazah masih berbalut kain kafan terkeluar dari kubur

Penduduk memindahkan jenazah yang terkeluar dari kubur.

SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan sejumlah jenazah terkeluar dari liang lahad.

Kejadian itu dirakamkan menerusi video yang tular di media sosial.

Insiden berlaku di sebuah tanah perkuburan di Air Bangis, Pasaman Barat di Sumatera Barat, Indonesia, pada Jumaat lalu.

Jenazah yang terkeluar itu dipercayai berlaku akibat hakisan di kawasan perkuburan dekat pantai.

Ketua Polis Air Bangis, AKP Efriadi mengesahkan kejadian itu, memaklumkan ia bermula tanah kubur terhakis sehingga menampakkan jenazah dalam liang lahad.

“Laporan yang kami terima pada hari sama mengenai jenazah-jenazah yang terjejas akibat kejadian itu telah dikebumikan semula oleh keluarga masing-masing,” jelasnya.

Rakaman menunjukkan jenazah yang masih berbalut dengan kain kafan terdampar di pantai.

Sekumpulan penduduk kemudian memindah jenazah.

Menerusi satu akaun instagram, dikatakan bahawa kejadian sama pernah berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Dalam perkongsiannya pada Jumaat lalu, terdapat lima jenazah yang terkeluar dari kubur akibat hakisan tanah. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain