suria

Murid darjah 1 dipaksa minum air kencing senior, trauma tak nak pergi sekolah

Mangsa buli (kiri) bersama ibunya. -Gambar MNCTV

SEORANG murid darjah satu menjadi mangsa buli di sekolah apabila dipaksa minum air kencing pelajar senior.

Kejadian yang didakwa berlaku di sebuah sekolah rendah itu melibatkan empat pelajar senior.

Bukan sekadar itu, mangsa juga diugut akan dipukul.

Kejadian buli berlaku di sebuah sekolah rendah di Buton di Sulawesi Tenggara, Indonesia.

"Dia (mangsa) dipaksa minum (air kencing) kerana diugut akan dipukul," dakwa ibu mangsa, pada Selasa.

Insiden berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama rakannya pada Rabu lalu, sebelum didatangi empat pelajar senior yang membawa bungkusan plastik berisi air minuman.

Selesai minum, pelajar senior berkenaan membuang air kecil ke dalam bungkusan plastik tersebut.

"Mereka paksa anak saya minum (air kencing), tapi dia tak mahu. Mereka kata kalau buang (bungkusan plastik air kencing), mereka akan pukul anak saya," ujarnya.

Akibat diugut, mangsa akhirnya minum air kencing tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa menjadi trauma sehingga tidak mahu ke sekolah kerana malu dan takut dibuli lagi.

Keluarga mangsa kemudian melaporkan perkara tersebut kepada Unit Pelaksana Teknikal Perlindungan Perempuan dan Anak (UPTD PPA) Buton. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain