suria

Budak lelaki jatuh laut terselit antara kapal persiaran, jeti

Kanak-kanak lelaki terbabit berpelukan dengan ibunya selepas berjaya diselamatkan.

SEORANG wanita berhadapan detik cemas apabila anak lelakinya terjatuh ke dalam laut di antara kapal persiaran dan jeti di Itali.

Sebelum kejadian, kanak-kanak dari utara Eropah bersama ibu bapanya turun dari kapal di Salerno, sebuah bandar pelabuhan di tenggara Naples, pada 3 Oktober.

Dia yang jalan beriringan dengan bapanya di terminal pelayaran Stazione Marittima mula berlari di sepanjang tembok pelabuhan.

Bagaimanapun, dia mula hilang keseimbangan dan tergelincir ke dalam jurang selebar sentimeter, lapor akhbar berpangkalan di Milan, Corriere della Sera.

Susulan itu, bapanya terjun ke laut untuk menyelamatkan anaknya namun tidak mampu berpaut pada apa-apa untuk terus terapung.

Kedua-duanya tersepit di antara kapal dan pelabuhan, dengan jeritan pelancong menyedarkan sekumpulan sukarelawan tempatan yang menyokong pelayaran itu.

Seorang sukarelawan, dari badan amal penjagaan kesihatan Associazione Universo Humanitas, menurunkan tali dan pelampung penyelamat.

Menerusi video tular, lelaki terbabit ditarik dari air manakala anaknya dan ibu kelihatan berpelukan. - Metro.co

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain