suria

Jenama mewah Itali hasilkan sut angkasawan... Material lebih ringan, mudahkan pergerakan

Prada akan hasilkan sut angkasawan yang lebih ringan.

MELIHATKAN sut angkasawan yang tebal, pasti orang ramai terbayangkan berat yang terpaksa dipikul.

Tambahan pula terdapat tong oksigen yang perlu digalas.

Melihatkan keadaan tersebut, pakar angkasa telah meminta pereka fesyen mewah dari Itali untuk mencipta sut angkasawan yang akan dipakai apabila mereka menjejakkan kaki di planet lunar buat kali pertama sejak 1972 menerusi misi Artemis 3 NASA 2025.

Syarikat Axiom Space, yang memilih Prada sebagai rakan kongsinya untuk membangunkan sut angkasawan telah memuji pereka terlibat yang mempunyai sejarah inovasi teknologi terbaik.

Ketua eksekutifnya Michael Suffredini berkata, Prada mempunyai kemajuan dari segi teknologi tekstil.

"Apabila menyentuh bahagian reka bentuk bahagian itu, ia sangat masuk akal kerana Prada mempunyai banyak pengalaman dalam reka bentuk, rupa dan rasa.

"Lebih penting lagi, terdapat cabaran teknologi untuk cuba diatasi," katanya.

Tambahnya, Prada mempunyai kepakaran dalam penggunaan komposit untuk bahagian badan dan seluar pakaian angkasa seterusnya menjadikan sut tersebut lebih ringan.

"Kami benar-benar memahami satu sama lain dengan cepat, dan saya fikir apa yang kami lakukan akan menjadi 'menang-menang' untuk kami berdua.

"Saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana rupanya tetapi saya berasa gembira mengenainya. Ia akan kelihatan sangat unik berbanding dengan rupa pakaian angkasa lepas," jelasnya lagi.

Prada akan bekerja pada lapisan luar pakaian angkasa yang perlu melindungi bahagian dalam daripada bahaya alam sekitar seperti habuk bulan tanpa menghalang pergerakan. - Star Daily

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain