suria

Pengantin tragedi majlis kahwin terbakar di Iraq akui trauma - “Hidup sudah tiada makna”

Pasangan suami isteri ini trauma dengan tragedi kebakaran di majlis perkahwinan mereka.

TRAGEDI majlis perkahwinan terbakar di Iraq yang mengorbankan 100 mangsa mendapat perhatian komuniti dunia.

Pasangan mempelai yang terselamat bagaimanapun menzahirkan rasa trauma yang melampau dan tiada kesudahannya.

Revan dan isterinya, Haneen ketika kejadian berjaya melarikan diri menerusi pintu dapur dewan perkahwinan.

"Ahli keluarga terdekat kami ramai yang terkorban, jiwa saya sudah mati dan tiada makna,” ujar pasangan itu.

Menurut Revan, mereka berdua tidak mampu tinggal di kampung itu lagi dan tidak boleh mendapatkan kebahagiaan jika terus menetap di situ.

Terdahulu, majlis perkahwinan gilang-gemilang yang dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan bertukar panik apabila kebakaran tercetus yang menyebabkan 113 orang meninggal dunia manakala 150 yang lain cedera.

Revan yang menjadi pengantin lelaki diraikan pada hari itu kehilangan 15 ahli keluarga manakala isterinya pula kehilangan 10 ahli keluarga termasuklah ibu dan abangnya.

Bapa Haneen kini berada dalam keadaan kritikal.

Kebakaran ketika majlis resepsi itu berlaku apabila bunga api menyambar hiasan atas siling dewan perkahwinan sehingga ia jatuh menimpa tetamu yang hadir.

Dewan perkahwinan itu memuatkan jumlah tetamu yang ramai sehingga menyukarkan mereka menyelamatkan diri. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain