SEORANG wanita melahirkan bayi kembar enam dalam masa 10 minit menerusi kaedah pembedahan caesarean, ketika usia kandungan mencecah 27 minggu. Quezia Romualdo dan suaminya, Magdiel Costa, 31, dari Brazil, mengetahui bahawa mereka akan menyambut kelahiran enam bayi pada April lalu. Teruja bakal menyambut ahli keluarga baharu yang ramai, pasangan berkenaan melakukan ubah suai kediaman agar lebih besar dan selesa. Pada petang Ahad lalu, Quezia selamat melahirkan keenam-enam bayinya. Seramai 32 pakar perubatan termasuk doktor, jururawat, ahli fisioterapi, pakar bius dan pakar pediatrik bekerjasama menyambut kelahiran bayi-bayi Quezia. Meskipun pra-matang, namun kesemua enam bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat. Bayi-bayi itu diberi nama Theo, Matteu, Lucca, Henry, Eloa dan Mayte. -Mirror Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube