suria

Isteri terkejut suami mengaku diri sebagai wanita ketika bulan madu, diugut bunuh jika lapor polis

Ida menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang menjadi suaminya. -Gambar CNN Indonesia/Farid

SEORANG wanita disyaki menjadi mangsa penipuan suaminya yang ternyata bukan seorang lelaki.

Menurut Ida, kisah bermula pada Jun 2000 sewaktu usianya 35 tahun apabila dia dikenalkan oleh rakannya dengan 'lelaki' bernama Nardinata.

Ida yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, dia mula tertarik dengan 'lelaki' itu yang bijak dan menamatkan pengajian di luar negara.

Penipuan Nardinata hanya diketahui selepas mereka berkahwin ketika berbulan madu apabila dia mengaku bahawa dirinya adalah wanita.

Ida bagaimanapun tidak boleh melaporkan kepada pihak polis kerana dia diugut bunuh oleh 'suaminya'.

Dia akhirnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa di Jawa Timur, Indonesia pada 2002 namun tiada sebarang tindakan diambil.

Susulan daripada itu, Ida sekali lagi membuat laporan kepada pihak polis pada 2013.

Dakwanya lagi, suami Ida merupakan adik ahli perniagaan terkemuka di Indonesia, yang menyebabkan dia sering menerima ugutan.

“Suami sudah beritahu bahawa saya tidak akan mampu mendakwanya kerana dia mengaku sebagai adik kepada ahli perniagaan itu. Namun sepanjang ‘perkahwinan’, saya tidak pernah bertemu abangnya,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang respons diterima daripada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut. -CNN Indonesia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain