TULAR di media sosial baru-baru ini satu trend dikenali sebagai 'ketuk tulang' atau Bone Smashing yang dilakukan ramai orang terutama golongan muda. Trend ini mencetuskan kebimbangan apabila segelintir orang yang taksub untuk membentuk semula wajah dengan cara mengubah bentuk tulang sendiri. Botol, mesin urut dan juga tukul adalah beberapa barang yang digunakan dalam video untuk mencapai penampilan dengan kaedah seperti 'memahat' tulang. Sesetengah individu menyiarkan gambar sebelum dan selepas sebagai bukti memperoleh wajah yang diingini dengan mengetuk tulang muka mereka. Trend tersebut pertama kali diperkenalkan daripada pakar bedah dan anatomi Jerman pada abad ke-19, Julius Wolff. Wolf berkata, tulang manusia sentiasa mengalami pengubahsuaian dengan tulang lama atau rosak digantikan dengan baharu. "Mengenakan daya mekanikal atau tekanan fizikal pada tulang boleh meningkatkan kadar pembentukan semula. "Manakala kekurangan tekanan atau daya sedemikian boleh menyebabkan ia menjadi lebih nipis atau lemah," ujarnya. Memandangkan ia hanyalah teori, adalah tidak digalakkan untuk 'menghancurkan' tulang kerana tiada perubatan menjelaskan keberkesanannya. Bagaimanapun, sesetengah pengguna TikTok menyalah tafsir teori itu untuk mencantikkan wajah walaupun tiada bukti menunjukkan seseorang dapat mengukir wajah sendiri dengan mengetuknya dengan objek tumpul. -DEXERTO Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube