suria

Polis jelita curi tumpuan ketika perlawanan bola sepak, ramai sanggup bersesak ke stadium - “Tangkaplah saya”

Narvaez menjadi perhatian ramai kerana kecantikannya. -Gambar Instagram/alexaaa_narvaez

SEORANG pegawai polis wanita meraih perhatian ketika perlawanan bola sepak sehingga kisahnya menjadi tular.

Alexa Narvaez menjadi tumpuan ramai pada perlawanan America de Cali, baru-baru ini di mana pasukan Colombia itu menewaskan Atletico Nacional 4-1, pada 24 September lalu.

Si cantik berambut coklat itu merupakan pegawai sepenuh masa dan popularitinya naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

Narvaez meraih perhatian penyokong bola sepak apabila dia membuat rondaan di sekitar padang sewaktu perlawanan berlangsung.

Narvaez mempunyai seramai 1.8 juta pengikut di Instagram, dan jumlah itu terus meningkat kerana popularitinya.

Narvaez meraikan jaringan yang dibuat oleh pasukan America de Cali.

Kisahnya tular selepas meraikan jaringan pasukan kegemaran ketika masih berpakaian seragam, baru-baru ini.

Dia memuat naik klip video itu di laman Instagramnya, dan menerima lebih 187,000 tanda suka (like).

"Di sini kita bekerja, kita meraikan dan saya lebih suka setiap hari apa yang saya lakukan. Saya seorang penyokong tetapi saya suka apabila pasukan dari bandar kami menang," tulisnya.

Rata-rata netizen turut memberi komen yang sanggup menyaksikan perlawanan bola sepak kerana mahu melihat pegawai polis berkenaan.

"Setiap kali saya datang ke stadium, saya menunggu untuk melihatnya.

"Tangkaplah saya," demikian antara komen netizen. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain