KONFLIK rumah tangga bertukar ganas! Seorang lelaki Thai berusia 40 tahun cedera akibat ditembak di perut oleh bekas kekasihnya selepas dia meminta wang daripada wanita tersebut. Seorang pemilik kedai runcit tempatan melaporkan kejadian tembakan itu kepada pihak berkuasa di Balai Polis Mueang Samut Prakarn. Mangsa yang dikenali sebagai Ying, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak di perut. Polis bekerjasama dengan pasukan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada mangsa serta memindahkannya ke hospital. Pada mulanya, Ying memberitahu polis bahawa dia telah menembak dirinya secara tidak sengaja semasa berada di dalam bilik sewanya, 40 meter dari kedai runcit. Namun, apabila pihak berkuasa bergegas ke biliknya untuk menyiasat, mereka tidak menemui sebarang senjata api di premis itu. Namun, ipar Ying kemudian memberitahu polis bahawa penyerang dipercayai bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Sangwian, 60. Sejurus polis tiba di rumah Sangwian, wanita itu mengaku menembak Ying untuk mempertahankan diri. Dia mendakwa bahawa Ying cuba menyerangnya secara fizikal untuk mendapatkan wang daripadanya. Sangwian kini ditahan untuk disoal siasat oleh polis. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube