suria

Dua lelaki nyaris maut, bateri basikal elektrik tiba-tiba meletup dalam bilik

Dua pelancong Perancis nyaris terlibat dalam letupan basikal elektrik di Sydney.

BASIKAL elektrik (e-basikal) yang tiba-tiba meletup hampir meragut nyawa dua pelancong di Sydney, Australia.

Kedua mereka bagaimanapun bernasib baik apabila sempat melarikan diri ketika kejadian berlaku.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bateri litium-ion terbakar di asrama Mad Monkey Downtown Backpackers di Sydney pada pagi Rabu.

Letupan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di koridor asrama, yang menyebabkan kebakaran besar merebak melalui bangunan dan memaksa lebih 70 tetamu dan kakitangan melarikan diri.

Difahamkan, kedua-dua pelancong tersebut sedang meninggalkan bilik mereka sejurus selepas 9 pagi waktu tempatan apabila bateri tiba-tiba meletup melalui pintu.

Pasukan bomba berkata, bateri e-basikal yang disyaki rosak yang ditinggalkan dalam pengecasan mungkin menyebabkan letupan.

Dua lelaki yang terperangkap dalam letupan itu adalah warga Perancis dan mereka melarikan diri ke tempat selamat sebelum pergi ke balai polis berhampiran untuk meminta bantuan.

Salah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an, melecur ringan di kakinya dan dibawa ke Hospital St Vincent untuk rawatan lanjut.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 137 e-basikal atau e-skuter telah dilaporkan terbakar di London setakat tahun ini, di mana tiga orang maut manakala 50 lagi cedera dalam kebakaran itu. - Metro.co

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain