BAHAGIAN kemaluan merupakan anggota badan yang perlu diberi perhatian khusus kerana mudah berlakunya jangkitan kuman. Namun pendedahan seorang wanita ini mengejutkan apabila dia memaklumkan teman lelakinya tidak pernah mencuci bahagian kemaluan selama 20 tahun. Malah katanya, lelaki terbabit mengakui berasa takut melihat alat sulit sendiri. Bercerita kepada The Off Hook Podcast, wanita tersebut menyatakan dia sanggup membantu teman lelakinya membersihkan seluruh rumah, mencuci pakaian termasuk membersihkan badan dan alat sulit hanya kerana perasaan cinta. Menurutnya lagi, dia akan membersihkan teman lelakinya setiap minggu disebabkan kesan 'terbiar' selama 20 tahun. "Saya perlu mencuci alat sulitnya selama tiga tahun berturut-turut sebab warna tona kulit tidak kembali seperti asal. "Pernah berjumpa dengan doktor dan melakukan pelbagai cara tetapi tiada yang dapat memulihkannya kembali. "Dia juga tidak beronani kerana berasa gerun dengan alat sulit sendiri," tambahnya lagi. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube