suria

Hamas, Al-Qassam lancar serangan balas terbesar ke atas Israel... sekurang-kurangnya 22 terbunuh, ratusan cedera

Serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Sabtu. -Gambar Twitter

PEJUANG pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas melancarkan serangan terbesar ke atas Israel pada Sabtu, susulan pencerobohan ke atas Palestin.

Perkhidmatan penyelamat negara Israel berkata sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan ratusan yang cedera, menjadikannya serangan paling buruk di Israel dalam beberapa tahun.

Kira-kira 5,000 peluru berpandu dilancarkan, selain pejuang Hamas berjaya melolosi sempadan yang berkubu kuat di beberapa lokasi melalui udara, darat dan laut.

Pusat Perubatan Soroka di bandar Beersheba, selatan Israel berkata ia sedang merawat sekurang-kurangnya 280 mangsa, dengan 60 mangsa dalam keadaan serius.

Sementara itu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapan di televisyen, mengisytiharkan kerahan besar-besaran simpanan tentera negara itu.

"Kami sedang berperang," katanya.

"Pihak musuh akan membayar 'harganya'," tambahnya. - AP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain